Gejala ‘lag’ dapat dirasai oleh pemamdu kenderaan berkuasa turbo apabila kelewatan daya tujahan berlaku seketika diantara masa pemandu melepaskan pendekit dan menekannya semula. Gejala ini berlaku disebabkan sedikit masa diperlukan sebelum tekanan atau boost didalam perumah turbin mencukupi. Selain itu, gejala fizik iaitu inersia rotor turbin menganggu daya pecutan putaran kipas pemampat seterusnya melambatkan mampatan. Oleh kerana sistem superchager menggunakan putaran engine untuk memusingkan kipas pemampat, gejala lag ini tidak berlaku sama sekali.
Dari segi binaan turbin, lag dapat dikurangkan dengan menggantikan kipas pemampat dan turbin dengan bahan yang lebih ringan seperti seramik. Konsep ini dapat mengurangkan gejala fizik inersia yang berlaku. Kesan inersia lebih jelas apabila berat beban lebih tinggi. Struktur ruangan pemampat yang lebih kecil juga dapat membantu mengatasi masalah ini. Perumah yang lebih kecil membolehkan tekanan tinggi dicapai yang lebih singkat. Selain itu, sistem bebola yang lebih ringan juga membantu mengurangkan masa mampatan.
Penggunaan turbin berkembar juga dapat mengatasi masalah lag tetapi terhad kapada enjin-enjin bentangan V dan enjin 6 silinder atau lebih. Enjin-enjin bentangan V ini mempunyai 2 blok yang bermakna terdapat dua manifold dan seterusnya 2 turbin. Berbanding penggunaan sebuah turbin yang besar, penggunaan 2 turbin juga dapat mencapai tekanan yang sama tetapi lebih cepat.
Sesetengah pengeluar kenderaan menggunakan sistem ‘sequential turbo’ untuk mengatasi masalah lag ini. Sistem ini agak kompleks dimana sebuah turbin kecil digunakan untuk RPM rendah dan sebuah turbin besar digunakan ketika RPM tinggi. Ketika RPM rendah, turbin yang lebih kecil akan mula berfungsi sementara turbin besar akan turut berputar seperti biasa. Apabila turbin yang lebih kecil mencapai had maksima, turbin kecil akan dimatikan dan turbin besar berfungsi. Sistem ini memerlukan 3 set saluran paip dan 2 wastegate serta 1 valve untuk mengawal arah laluan asap ekzos.
Komponen - komponen pada sequential turbo
Monifold intake untuk sequential turbo
Pergerakan dari 0 - 3500 rpm

Pergerakan 3500 - 3800 rpm

Pergerakan 3800 - 4000 rpm

Pergerakan 4000 rpm ke atas

Selalunya lag akan disalahtafsirkan dengan keadaan ketika tekanan yang dihasilkan tidak mencukupi apabila pusingan RPM kipas pemampat rendah. Setelah melepasi satu had, barulah turbin akan dapat.